Sunday, February 8, 2009

Sunday, February 8, 2009



GEWANG SESUDU
Ramai yang memperlekehkan kepingan besi berkilau yang dipanggil spoon atau sesudu kerana hanganya yang murah dan kerberkesanan untuk menggoda ikan yang kurang menyerlah. Saya sendiri dahulu juga berpendapat begitu. Akhirnya, saya sedar yang sayatelah membuat satu kesilapan yang besar

Kelebihan
  1. Harganya yang murah dan senang didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing. Semurah RM 2.00 hinggalah yang mahal RM 30, bergantung kepada kemampuan anda. Jadi jikalau tersangkut dan putus tidaklah terasa sangat. Ianya sesuai digunakan sebagai gewang penduga bagi lubuk-lubuk yang baru anda duga berikutan hanganya yang murah.
  2. Bentuk sesudu yang menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan. Kilatan yang ada pada gewang sesudu sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-kan kecil.
  3. Fluttering atau gelekkan sesudu menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabilan dipancari oleh sinaran matahari. kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan.
  4. Ianya boleh dimainkan di permukan air, kolum pertegahan dan heretan dasar.
  5. Sesudu biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda mengunakan baitcaster.
Kelemahan
  1. Oleh kerana sesudu banyak bergantung pada kilatnya itu, ianya menjadi kurang effective digunakan semsa cuaca mendung lebih-lebih lagi digunakan di waktu malam.
  2. Sesudu amat jika dibandingkan dengan gewang lain, jadi ia cepat tenggelam dan membuatkan ia mudah tersangkut.
Gaya Permainan Sesudu
  1. Teknik Short Hopping/ Lompatan Pendek - lemparkan sesudu mana-mana arah yang anda sukai, biarkan ia tergelam ke dasar kemudian karau tali yang kendur. Angkat jorang anda sedikat keatas secara cepat dan berhenti. Karau semula tali yang kendur dan lakukan proses tadi sehingga sesudu sampai ke anda.
  2. Teknik Long Hopping/lontaran Panjang - serperti shot hopping yang tadi tetapi kali ini angkat keseluruhan tangan dari pergelangan hingga ke siku ke atas dalm 90 darjah.
  3. Teknik Jigging/Unjunan - teknik yang terbaik jika anda mengunakan bot. Kawasan target ialah kawasan yang dalam. Terbaik jika kedalaman melebibihi 15 kaki, keadaan air yang gelap tetapi jernih. Sesudu dijatuhkan kebawah bot higga kedasar, kemudiannya twitch joran sedikit demi sedikit sehingga ia sampai ke anda. Cara lain anda boleh lakukan adalah dengan menjatuhkan sesudu kedasar dan angkat joran anda setinggi sekaki dan jatuhkan semula ke kedudukanya yang asal, ulang proses ini selama anda mahukan.



1 comments:

BD Fabregas

waaa, starting yg bagus..

 
PERLIS ANGLER WORLD ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates